Monday, November 10, 2008

dAtiNg...

Apa maksud dating???Hmm... kalau tanya pada diri sendiri pun belum tentu ada jawapan.Heheh...Bagi bebudak zaman sekarang, mungkin maksud dating tue lebih kepada keluar berdua dengan 'awek' atau 'balak'. Pas tue jalan pegang-pegang tangan gi tengok wayang ke...makan-makan ke...main bowling ker...dannn..... yang lebih dasyat...ada yang buat benda-benda tak elok.

Sekarang ni dah macam-macam kes yang kita dengar pasal remaja. Semuanya negatif. Paling teruk adalah kes buang anak. Aku sikit punya susah nak dapat anak. Orang lain senang-senang jer buang.Tak sayang ker diorang kat darah daging diorang tue?Kadang-kadang aku sendiri pelik dengan sikap remaja zaman sekarang nie. Bersuka ria sampai tak ingat dunia... pandai. Bila dah termengandung tak pandai pulak nak bela. Nak kata aku baik sangat...tak la.Kalau keluar berdua tue diisytiharkan berdating, aku pun pernah buat.Tapi, setakat ni takde la buat benda-benda yang tak elok.

Apa yang nak diceritakan ek??Pasal dating atau pasal buang anak??Atau lebih senang cerita pasal diri aku sendiri??Hehehe...
Lebih baik aku cerita pasal diri sendiri. Isu-isu buang anak nie dah masuk kes berat. Kene ada info-info yang tepat dan terkini kalau nak kupas kes ni dengan lebih mendalam. Insyallah kalau ada masa dan peluang suatu hari nanti, akan aku cuba kupaskan.

Semalam keluar berdua dgn hubby.Teringat macam zaman berchenta dulu. Huahuahua...dah lama tak keluar macam semalam. Gi makan-makan sambil tunggu wayang start. Dating ke tue??Kalau itu boleh dikira dating, aku rasa dating tue memang elok untuk pasangan yang dah berkahwin.Aku ulangi....yang dah BERKAHWIN. Kenapa??? Sebab ia boleh mengeratkan silaturrahim dan menimbulkan kasih sayang.
Kadang-kadang, pasangan yang dah berkahwin ni mudah rasa jemu diantara satu sama lain.Bukan nak kata aku dah jemu dengan hubby aku.Tak! Definitly NOT! Aku tak jemu dengan hubby aku. Cuma, kadang-kadang kita perlukan masa untuk bermanja dengan pasangan kita. Kalau dah berkahwin....nak pegang tangan ke...pinggang ke....pinggul ke....atau kat mana-mana bahagian pun dah jadi halal. Takde masalah.

Tapi, kalau belum berkahwin...hmmm...faham-faham sendiri la. Aku pun pernah pegang-pegang tangan sebelum kahwin dan aku mengakui kekhilafan diri aku. Aku cuba nak perbaiki diri aku sekarang. Kepada remaja-remaja kat luar sana, hargai la diri anda. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji palsu lelaki yang bernafsu kat luar sana.

Hehehe...asyik terpesong jer. Aku nak citer pasal aku 'dating' ngan hubby aku semalam.Alih-alih keluar segala nasihat dan pandangan untuk orang ramai.Huahuaha....
Kitorang tengok citer Quantum Of Solace-James Bond 007!!!Hahaha...mesti orang lain fikir, bila dah gi 'dating' tue mesti kene tengok citer lovey-dovey-mushi-mushi kan??Mula-mula nak tengok citer High School Musical. Last-last hubby aku ajak tengok citer James Bond lak. Adoi aii....aku dah la excited nak jiwang-jiwang ngan hubby aku. Hubby aku ni wat spoil la pulak.
Walaupun tengok citer thriller, tapi aku dapat gak manja-manja ngan hubby aku. Setakat nak jalan-jalan peluk pinggang tue dah takde hal. Kadang-kadang, sempat gak lak hubby aku curik-curik kiss aku.Huhuhuh...Tue yang besh tue bila 'berdating' selepas kahwin. Tapi...takde la kiss tengah-tengah shopping complex mid valley tue.

Selepas seminggu jadi zombi, akhirnya dapat jugak aku buat hubby aku kembali tersenyum. Uikssss...dah macam lirik lagu la pulak. Hubby aku memang betul-betul jadi zombi last week. Dia kata dia penat sangat. Keluar rumah kul 6 pagi. Kul 5 dah kene bangun. Balik lak dah kul 10malam. Sian kat hubby aku. Minggu lepas hubby aku masuk MODE takmo-cakap-dengan-sesiapa-termasuk-isteri-terchenta. Even nak makan sekalipun...hubby aku tak cakap ngan aku. Dia pandai ambik pinggan dan makan sendiri. Kalau tak, usahkan pinggan, semua benda aku nak kene sediakan untuk dia.

Alhamdulillah. Semalam hubby aku dah back to normal. Hikmah disebalik keluar 'dating'!! Pagi ni pun, hubby aku besh jer layan aku. Dah seminggu hubby keje cam zombie. Ari ni hubby cuti. Pegi keje hubby anta. Petang kang pun dia ambik.Nak bermanja!!
Orang cakap....berchenta selepas kahwin lebih seronok. Aku sokong sangat-sangat kenyataan ni!!!! Selepas kahwin, semuanya dah halal dan kita lebih mengenali sipa suami kita yang sebenarnya. Masa zaman berchenta dan zaman alam rumahtangga memang berbeza. Berbeza sangat-sangat. Kalau zaman berchenta, pakwe kita caring sangat-sangat. Tapi, bila dah masuk zaman berumah dan bertangga...caring tue dah menjadi satu tanggungjawab. Suami kita caring pasal kita hanya sebab satu tanggungjawab bukan macam zaman berchenta dulu yang lebih bermaksud untuk berkasih sayang.
Aku tak menuding jari kepada semua lelaki. Mungkin ada sesetengah lelaki yang tak berubah baik sebelum atau selepas kahwin. Ini semua terpulang kepada individu. Rumahtangga yang cantik, perlu dihiasi dengan kelebihan dan kekurangan setiap pasangan. Lengkap-melengkapi antara satu sama lain.Suami dan isteri itu sendiri yang mencorakkan kehidupan rumahtangga mereka.

Dan aku sendiri sedang menghiasi kehidupan rumahtangga aku yang dibina pada 24 May lalu dengan secantik dan seindah yang boleh. Siapa kata aku tak pernah bergaduh dengan hubby??Sedangkan lidah lagi tergigit kan??kan??kan??...Aku pun boleh dikategorikan sbg pasangan yang suka bergaduh.Heheheh...Setiap kali bergaduh, alhamdulillah hubungan kami semakin baik. Kami cuba mengatasi kelemahan dan memahami antara satu sama lain. Setiap pergaduhan ada hikmah yang ingin tuhan tunjukkan pada kami sebenarnya.
Adoi aii...banyak pula idea nak menulis hari nie.Hmm...sambung malam nanti la. :P