Saturday, April 12, 2008

HomeTown...

Sekarang kat CC ngan my Hubby to be.Tengah tolong dia buatkan resume.Hehehe..dia tengah kelam kabut cari keje.Bertolak dari KL kul 10.30pm semalam.Sampai Ipoh around 1 am.Laju tak laju la hubby to be aku bawa kete.Aku masuk je kete terus lelap.Ngantuk sangat.Ada TownHall kat Shell Damansara.Dari kul 2pm sampai 8pm.Itupun aku tak sempat nak dinner dengan diorang.Rushing nak balik ipoh.

Now, I'm in Ipoh!!Seronok sangat dapat balik kampung.Lega otak.Kalau tak, asyik tension jer.Nak pikir pasal keje la.Jalan jam la....Hmm..

Hari ni tak tahu nak wat ape lagi.Ingat nak relax2 kat umah jer.Nak masak untuk Hubby to be aku macam dah lambat jer.So, ari ni makan KFC jer la.Sian kat Hubby to be aku.Huhuhu...

Esok, before balik ipoh, insyallah aku akan masak untuk Hubby aku!!

Friday, April 11, 2008

rAhsiA SuAtU huBuNgAn...

Beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH.

Thursday, April 10, 2008

Yesterday...

Semalam, novel Tentang...Dhiya dah selamat aku habiskan.Best sangat.Tapi, still tak leh lawan novel Percayalah & 5 tahun 5 bulan.Lisa dan Azril.Kiyut jerk.Bertambah la koleksi novel Jemari Seni.So, tunggu keluaran terbaru la pulak next month.On friday gi Pesta Buku kat PWTC.Dapat jumpa penulis buku Lili untuk Najah.Siap bergambar lagi.Heheheh...best giler.Pas tu, jalan punya jalan punya jalan....singgah la kat booth kartunis Noor Azmi.Bayar Rm15, dapat la sekeping lukisan aku ngan my Hubby to be.Insyallah akan aku usahakan agar dapat masuk kat aku nyer blog ni.

Semalam, gi check up kat Pusrawi.My ketumbuhan dalam ovari dah makin besar.But, docs tak boleh nak buat ape2.Ubat hormon tak elok untuk perempuan yang belum berkahwin.Last 3 months, docs dah bagi ubat tu, but still tak jalan.So, docs tak berani nak bagi lagi.Kena tunggu sampai aku kawin.Hmm...another 1 month la nampak gayanyer.Sekarang ni badan tak berapa nak sihat.Dah makin kuat makan.Docs suruh kawal pemakanan.Tak elok untuk kesihatan aku sekarang ni katanya.Tapi, entah la.

Persiapan perkahwinan dah hampir complete.Hmm...takut sebenarnya.Lepas kahwin, ingat nak study.Teringin sangat nak jadi warganegara campus.Hehehe....

Penat sangat.Study....Hubby to be.....Persiapan perkahwinan...Family....

Ape yang mampu dilakukan setakat ini hanyalan berdoa kepada tuhan yang satu.Amin....

Tuesday, April 8, 2008

OuR LovEs...

".....For ME, OUR LOVE is like the wind. I can't see it, but I always feel it..."

-Tentang ..Dhiya-
Thank god.He still lovessss me! Pulangkan handfon adalah alasan dia nak dtg my house. After that, seperti biasa dan secara semulajadi, dah berbaik balik.Macam tak pernah gaduh je.Hehehe...Tak tahu la my parents sedar ke tak sedar yang kitorang ni tengah bergaduh :P
Pagi ni, my Hubby to be yang hantar gi ofis.Semalam dah sound dia tak perlu la hantar.Tapi, dia still nak hantar gak.Pagi tadi my hubby to be bangun lambat.Dengan selamba badaknya, dia hantar aku dengan tak mandi.Heheh..
Tapi, aku still gak salam dan kiss pipi dia cam biasa.Not bad.Hehehe..

Monday, April 7, 2008

LetiH...

Sooooo... tired...Hmmm, tak tahu nak luah kan dekat siapa.Nasib baik teringat kat blog ni.Salah ke aku tak nak ikut dia lepak dgn kawan2 dia.I'm really2 tired.On friday tak cukup tidur.ASyik tersedar je.Sabtu lak kene keje sebab bnyk yang tak settle.Around 11 pm lak, dia ajak aku lepak dengan kawan2 dia.Betul2 takde mood.Mula2 ckp, just nak ronda2 kat KL.Tak turun kereta pun.So, aku pun just pakai simple je la.Seluar jeans and t-shirt yang ntah ape2 ntah.

Tetibe, dia kata nak gi BB.Gila ke hapa aku nak gi BB dengan pakaian aku tu.Buat kene gelak ngan membe2 dia je.Selekeh gila.Bedak compact pun aku tak pakai.Bila aku cakap aku taknak gi, dia marah2.Then, bila dah sampai, dia pujuk aku suh turun gak.Masa tu tension gila.Aku keras kan je hati aku.Aku cakap ngan dia yang aku taknak turun.

Lepas beberapa kali pujuk aku tak jalan gak, dia hempas pintu kete.Pastu terus gerak hantar aku balik.Dia punya marah kat aku sampai dalam KL pun dia bantai bawa kete 180km/j.Aku pejamkan mate je la.Takutnyer pasal.Sampai je rumah, aku cepat2 turun.Saje aku tinggalkan handphone aku kat dalam kete dia.Malas aku nak layan.Nak ikut kepala otak dia jer.

Selalunye, dia bukan nak lepak ngan kawan2 dia sgt kalau aku ada.Tapi, malam tu entah ape kena entah.Sungguh2 ajak aku lepak.Tension giler.Dah la masa tu kepala aku pening tahap nak pecah sebab tak cukup tido.

Dan hari ini....dia tak datang jemput aku cam biasa.Terpaksa la aku naik LRT.Sebenarnya, aku pun takde la kisah sangat pun kalau naik LRT.Lagi senang.Cuma, hubby to be aku tu je yang sangat prihatin.Dia nak gak hantar aku kalau dia tak keje outstation.Alasan dia, kitorang jarang jumpa.Hmm...entah la.Bila dah baik cam tu la.Bila dah jadi cam ni, telefon aku pun taknak.

Kadang-kadang aku jadi takut.Betul ke keputusan aku ni.Tak sampai lagi 2 bulan aku akan jadi wife dia.Tapi aku tak tahan dengan sikap panas baran tak kene tempat dia tue...
Kalau dia ade problem, dia bukan nak citer kat aku.Dia lebih selesa diam sepanjang hari.Dan aku lak dah macam cacing kepanasan bile dia tak bercakap tentang masalah dia.

Harap-harap mood aku hari ni tak terjejas dengan kisah semalam yang menyakitkan hati aku.Mungkin keadaan kami akan lebih baik jika jarang berjumpa.Insyallah.Walau dimana pun dia berada, dan apa jua keadaan dia, aku doakan dia semoga selamat dan sentiasa sihat.Sebab??Dia kan HUBBY to be aku....

:)