Wednesday, May 27, 2009

Cara Bahagiakan Ibu Bapa

Bersyukur anda dilahirkan ke dunia dan dapat mengenali kedua ibu bapa anda. Setiap detik yang berlalu, anda dibesarkan dengan kasih sayang. Mungkin anda mengatakan ibu atau bapa tidak sayangkan anda kerana sering dimarahi. Buat itu salah. Buat ini tak kena. Namun, jika anda bijak memenangi hati mereka, tentu ia tidak menimbulkan masalah lagi. Beberapa panduan etika yang harus diamalkan anak terhadap ibu bapa yang harus diikuti :-

1- Bersikap baik dengan ibu bapa

2- Gembirakan hati ibu bapa anda

3- Bantulah ibu bapa dengan seikhlas hati

4- Bersikap jujur dan taat setia kepada ibu bapa

5- Berterima kasih terhadap ibu bapa

6- Kasihi ibu bapa sepanjang hayat

7- Doakan kesejahteraan ibu bapa

8- Memberi hadiah kepada ibu bapa

9- Berkongsi hobi dengan ibu bapa

(Sumber daripada : SINAR HARIAN - Selasa, 21 Oktober 2008)

Monday, April 20, 2009

mAcAm-mAcAm AdA..

This month memang busy bangat.Sampai tak cukup kaki tangan. Start dengan birthday Hubby on 04 April, then birthday father in law on 12 April, birthday adik ipar bongsu on 14 April dan hujung bulan ni birthday adik kesayangan aku (30th April). Awat la ramai benor yang lahir bulan April dalam keluarga aku. Pening bila tiba masa nak beli hadiah.Huahuahuaha....Hancuss......

Just nak share dengan orang-orang yang suka nak tahu pasal diri dan keluarga aku.Hihihi...Last week, on 17 April, aku gi teman adik kesayangan aku, ALAN, gi temuduga tentera kat Bukit Mertajam High School in Penang. Hampir-hampir menitiskan ayor mata biler tengok dia kene buat segala macam benda untuk diterima masuk ke ANGKATAN TENTERA DARAT MALAYSIA. Antara aktiviti yang perlu dilakukan ialah lari 1.2 km, tekan tubi and buat lompatan selama 30 minit. Bersusah payah betul semata-mata untuk mencapai impian dia nak jadi anggota tentera seperti mana kakak kami, Puan ALONG. (Berapa ramai daa...mau jadi tentera)

Ada few gambar yang sempat aku capture before one of the army geng tegur aku sebab ambik gambar tanpa permission diorang.Huahhauhuaa...(sebenarnya, diorg nak ngorat aku. Siap suh aku masuk army dan ambik no tel diorg sekalik.Hihihi....)











- mana satu la si ALAN nie-


Selepas lulus daripada test fizikal (dada, mata, tangan & kaki), si ALAN ni kene lalui ujian kecerdasan fizikal pulak. Tue yang aku duk keluar air mata tuh. Sedey tengok adik aku yang paling kecik among the others kena wat aktiviti lasak yang betui2 mencabar dia. Aku berdoa sangat2 masa tue agar dia lulus ujian larian sebab lepas jer buat larian, ramai yang kantoi. Start from the registration, almost 700 yang dtg. Lepas test fizikal, only 100 jer yang dapat masuk ujian kecerdasan. Selepas ujian kecerdasan, hanya 18 ORANG jer yang berjaya ke pusingan IQ test (membina karangan). ALAN is one of them yang berjaya. Thank god! Dia berjaya melepasi ujian yang bagi aku betui-betui menguji ketahanan fizikal dia. WAlaupun dia yang paling kecik, dia berjaya buat tekan tubi selama 1 jam mengikut arahan.

Mak aku yang ikut sekali pun tak sanggup nak tengok dia buat tekan tubi. Lengan si ALAN ni kecik bebenor. Mak aku takut dia tak dapat tahan. Alhamdulillah, dah tertulis rezeki dia ada hari tu selepas 5 KALI PERCUBAAN sebelum ni, gagal! Bersyukur sangt-sangat!!











-aktiviti tekan tubi-


Hampir 1/2 hari kitorang (mak, hubby, Aiman) bertapa kat Sekolah Tinggi Bukit Mertajam semata-mata untuk memastikan ALAN dapat the job!!









-kasih seorang ibu...-


ALAN bakal menjalani ujian kemasukkan selama seminggu di KEM TENTERA di IPOH pada 12 MAY 2009 sebelum diterima masuk ke ANGAKATAN TENTERA MALAYSIA dan menjalani latihan tentera selama 6 bulan di Port Dickson, N9. Diharap semoga ALAN dapat mengejar angan-angannya sepertimana kakak kesayangan kami, ALONG, yang telah menyertai pasukan PARA (payung terjun) ATM since 2006. Doa kami (Mak, Along, Angah, Abg Ngah, Adik Oma, Aiman dan Dina) sentiasa mengiringi ALAN.

Buat ALAN,

Angah doakan semoga ALAN berjaya dan sentiasa berbakti pada nusa dan bangsa tanpa melupakan kami sekeluarga. Sentiasa ingat tentang kesusahan masa lalu yang telah kita lalui....dan bersyukur lah dengan apa jua kurniaan tuhan.




- ALAN...kaki yang terangkat akibat keletihan tekan tubi-



p/s : The guy yang duduk sebelah my mum is not my HUBBY! :P
Beliau adalah salah seorang daripada anggota ATM yang telah bersusah
-payah menolong ALAN hingga berjaya.Thanks to him!! Semoga ALLAH merahmati
hidup beliau.

Friday, February 20, 2009

kEcANtikAn & kEiNdAhAN...

Ada apa pada kecantikan??Adakah ianya hanya bergantung kepada luaran tanpa meneliti dalaman??Cantikkah diri kita jika dipuji??Kecantikan itu hanya hak milik yang satu...Allah S.W.T.....






Monday, November 24, 2008

i'M yOurS - JasOn MraZ

Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you’re so hot that I melted
I fell right through the cracks
and now I’m trying to get back
Before the cool done run out
I’ll be giving it my bestest
Nothing’s going to stop me but divine intervention
I reckon it’s again my turn to win some or learn some

I won’t hesitate no more, no more
It cannot wait, I’m yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you’re free
Look into your heart and you’ll find love love love
Listen to the music of the moment maybe sing with me
A lá peaceful melody
It’s your God-forsaken right to be loved love loved love

So I won’t hesitate no more, no more
It cannot wait I’m sure
There’s no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I’m yours

I’ve been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
My breath fogged up the glass
And so I drew a new face and laughed
I guess what i’ma saying is there ain’t no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It’s what we aim to do
Our name is our virtue

I won’t hesitate no more, no more
It cannot wait I’m sure
No need to complicate
Our time is short
It can not wait, I’m yours

Well no no, well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you’re free
Look into your heart and you’ll find love love love love
Listen to the music of the moment come and dance with me
A lá one big family (2nd time: A lá happy family; 3rd time: A lá peaceful melody)
It’s your God-forsaken right to be loved love love love

I won’t hesitate no more, no more
It cannot wait, I’m sure
There’s no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I’m yours

No please, don’t complicate
Our time is short
This is our fate, I’m yours

No please, don’t hesitate
no more, no more
It cannot wait
The sky is your’s!

Monday, November 10, 2008

dAtiNg...

Apa maksud dating???Hmm... kalau tanya pada diri sendiri pun belum tentu ada jawapan.Heheh...Bagi bebudak zaman sekarang, mungkin maksud dating tue lebih kepada keluar berdua dengan 'awek' atau 'balak'. Pas tue jalan pegang-pegang tangan gi tengok wayang ke...makan-makan ke...main bowling ker...dannn..... yang lebih dasyat...ada yang buat benda-benda tak elok.

Sekarang ni dah macam-macam kes yang kita dengar pasal remaja. Semuanya negatif. Paling teruk adalah kes buang anak. Aku sikit punya susah nak dapat anak. Orang lain senang-senang jer buang.Tak sayang ker diorang kat darah daging diorang tue?Kadang-kadang aku sendiri pelik dengan sikap remaja zaman sekarang nie. Bersuka ria sampai tak ingat dunia... pandai. Bila dah termengandung tak pandai pulak nak bela. Nak kata aku baik sangat...tak la.Kalau keluar berdua tue diisytiharkan berdating, aku pun pernah buat.Tapi, setakat ni takde la buat benda-benda yang tak elok.

Apa yang nak diceritakan ek??Pasal dating atau pasal buang anak??Atau lebih senang cerita pasal diri aku sendiri??Hehehe...
Lebih baik aku cerita pasal diri sendiri. Isu-isu buang anak nie dah masuk kes berat. Kene ada info-info yang tepat dan terkini kalau nak kupas kes ni dengan lebih mendalam. Insyallah kalau ada masa dan peluang suatu hari nanti, akan aku cuba kupaskan.

Semalam keluar berdua dgn hubby.Teringat macam zaman berchenta dulu. Huahuahua...dah lama tak keluar macam semalam. Gi makan-makan sambil tunggu wayang start. Dating ke tue??Kalau itu boleh dikira dating, aku rasa dating tue memang elok untuk pasangan yang dah berkahwin.Aku ulangi....yang dah BERKAHWIN. Kenapa??? Sebab ia boleh mengeratkan silaturrahim dan menimbulkan kasih sayang.
Kadang-kadang, pasangan yang dah berkahwin ni mudah rasa jemu diantara satu sama lain.Bukan nak kata aku dah jemu dengan hubby aku.Tak! Definitly NOT! Aku tak jemu dengan hubby aku. Cuma, kadang-kadang kita perlukan masa untuk bermanja dengan pasangan kita. Kalau dah berkahwin....nak pegang tangan ke...pinggang ke....pinggul ke....atau kat mana-mana bahagian pun dah jadi halal. Takde masalah.

Tapi, kalau belum berkahwin...hmmm...faham-faham sendiri la. Aku pun pernah pegang-pegang tangan sebelum kahwin dan aku mengakui kekhilafan diri aku. Aku cuba nak perbaiki diri aku sekarang. Kepada remaja-remaja kat luar sana, hargai la diri anda. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji palsu lelaki yang bernafsu kat luar sana.

Hehehe...asyik terpesong jer. Aku nak citer pasal aku 'dating' ngan hubby aku semalam.Alih-alih keluar segala nasihat dan pandangan untuk orang ramai.Huahuaha....
Kitorang tengok citer Quantum Of Solace-James Bond 007!!!Hahaha...mesti orang lain fikir, bila dah gi 'dating' tue mesti kene tengok citer lovey-dovey-mushi-mushi kan??Mula-mula nak tengok citer High School Musical. Last-last hubby aku ajak tengok citer James Bond lak. Adoi aii....aku dah la excited nak jiwang-jiwang ngan hubby aku. Hubby aku ni wat spoil la pulak.
Walaupun tengok citer thriller, tapi aku dapat gak manja-manja ngan hubby aku. Setakat nak jalan-jalan peluk pinggang tue dah takde hal. Kadang-kadang, sempat gak lak hubby aku curik-curik kiss aku.Huhuhuh...Tue yang besh tue bila 'berdating' selepas kahwin. Tapi...takde la kiss tengah-tengah shopping complex mid valley tue.

Selepas seminggu jadi zombi, akhirnya dapat jugak aku buat hubby aku kembali tersenyum. Uikssss...dah macam lirik lagu la pulak. Hubby aku memang betul-betul jadi zombi last week. Dia kata dia penat sangat. Keluar rumah kul 6 pagi. Kul 5 dah kene bangun. Balik lak dah kul 10malam. Sian kat hubby aku. Minggu lepas hubby aku masuk MODE takmo-cakap-dengan-sesiapa-termasuk-isteri-terchenta. Even nak makan sekalipun...hubby aku tak cakap ngan aku. Dia pandai ambik pinggan dan makan sendiri. Kalau tak, usahkan pinggan, semua benda aku nak kene sediakan untuk dia.

Alhamdulillah. Semalam hubby aku dah back to normal. Hikmah disebalik keluar 'dating'!! Pagi ni pun, hubby aku besh jer layan aku. Dah seminggu hubby keje cam zombie. Ari ni hubby cuti. Pegi keje hubby anta. Petang kang pun dia ambik.Nak bermanja!!
Orang cakap....berchenta selepas kahwin lebih seronok. Aku sokong sangat-sangat kenyataan ni!!!! Selepas kahwin, semuanya dah halal dan kita lebih mengenali sipa suami kita yang sebenarnya. Masa zaman berchenta dan zaman alam rumahtangga memang berbeza. Berbeza sangat-sangat. Kalau zaman berchenta, pakwe kita caring sangat-sangat. Tapi, bila dah masuk zaman berumah dan bertangga...caring tue dah menjadi satu tanggungjawab. Suami kita caring pasal kita hanya sebab satu tanggungjawab bukan macam zaman berchenta dulu yang lebih bermaksud untuk berkasih sayang.
Aku tak menuding jari kepada semua lelaki. Mungkin ada sesetengah lelaki yang tak berubah baik sebelum atau selepas kahwin. Ini semua terpulang kepada individu. Rumahtangga yang cantik, perlu dihiasi dengan kelebihan dan kekurangan setiap pasangan. Lengkap-melengkapi antara satu sama lain.Suami dan isteri itu sendiri yang mencorakkan kehidupan rumahtangga mereka.

Dan aku sendiri sedang menghiasi kehidupan rumahtangga aku yang dibina pada 24 May lalu dengan secantik dan seindah yang boleh. Siapa kata aku tak pernah bergaduh dengan hubby??Sedangkan lidah lagi tergigit kan??kan??kan??...Aku pun boleh dikategorikan sbg pasangan yang suka bergaduh.Heheheh...Setiap kali bergaduh, alhamdulillah hubungan kami semakin baik. Kami cuba mengatasi kelemahan dan memahami antara satu sama lain. Setiap pergaduhan ada hikmah yang ingin tuhan tunjukkan pada kami sebenarnya.
Adoi aii...banyak pula idea nak menulis hari nie.Hmm...sambung malam nanti la. :P

Friday, April 18, 2008

tErsirAt dAn tErsUrAt

"Ya TUHAN, jika aku menyembah MU kerana takutkan Neraka, maka bakarlah aku di dalam neraka.Jika aku menyembah MU kerana mengharapkan syurga, sisihkanlah aku dari syurga MU; Tetapi, jika aku menyembah MU kerana diriMU, janganlah Engkau sembunyikan kecantikan MU yang abadi." - Rabiah, penyair Islam kurun ke 8.

-www.johnnorafizan.com-
Buka laman web Jemari Seni dan terus tertarik untuk pegi ke link John Norafizan.Garis-garis Deja ju adalah salah satu karya beliau yang dapat aku baca.Suatu cerita yang menarik dan bukan sekadar cerita cinta remaja sepertimana kebanyakan novel pada masa kini.
2 3 hari ni, Hubby to be aku tak banyak buat perangai.Happy je.Boleh bergurau senda dalam kereta setiap kali ambik dan hantar aku gi keje.Suatu perkembangan yang positif.Harap-harap ianya akan berkekalan.Semalam, dia ade beritahu yang dia dah dapat keje.Alhamdulillah.
Tinggal 35 days je lagi before wedding.Persiapan perkahwinan sedikit demi sedikit aku dan family try settlekan.Setakat ni Alhamdulillah takde ape2 masalah lagi.Hmm........Nervous sangat!

Saturday, April 12, 2008

HomeTown...

Sekarang kat CC ngan my Hubby to be.Tengah tolong dia buatkan resume.Hehehe..dia tengah kelam kabut cari keje.Bertolak dari KL kul 10.30pm semalam.Sampai Ipoh around 1 am.Laju tak laju la hubby to be aku bawa kete.Aku masuk je kete terus lelap.Ngantuk sangat.Ada TownHall kat Shell Damansara.Dari kul 2pm sampai 8pm.Itupun aku tak sempat nak dinner dengan diorang.Rushing nak balik ipoh.

Now, I'm in Ipoh!!Seronok sangat dapat balik kampung.Lega otak.Kalau tak, asyik tension jer.Nak pikir pasal keje la.Jalan jam la....Hmm..

Hari ni tak tahu nak wat ape lagi.Ingat nak relax2 kat umah jer.Nak masak untuk Hubby to be aku macam dah lambat jer.So, ari ni makan KFC jer la.Sian kat Hubby to be aku.Huhuhu...

Esok, before balik ipoh, insyallah aku akan masak untuk Hubby aku!!

Friday, April 11, 2008

rAhsiA SuAtU huBuNgAn...

Beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah MENDEKATKAN DIRI DENGAN ALLAH.

Thursday, April 10, 2008

Yesterday...

Semalam, novel Tentang...Dhiya dah selamat aku habiskan.Best sangat.Tapi, still tak leh lawan novel Percayalah & 5 tahun 5 bulan.Lisa dan Azril.Kiyut jerk.Bertambah la koleksi novel Jemari Seni.So, tunggu keluaran terbaru la pulak next month.On friday gi Pesta Buku kat PWTC.Dapat jumpa penulis buku Lili untuk Najah.Siap bergambar lagi.Heheheh...best giler.Pas tu, jalan punya jalan punya jalan....singgah la kat booth kartunis Noor Azmi.Bayar Rm15, dapat la sekeping lukisan aku ngan my Hubby to be.Insyallah akan aku usahakan agar dapat masuk kat aku nyer blog ni.

Semalam, gi check up kat Pusrawi.My ketumbuhan dalam ovari dah makin besar.But, docs tak boleh nak buat ape2.Ubat hormon tak elok untuk perempuan yang belum berkahwin.Last 3 months, docs dah bagi ubat tu, but still tak jalan.So, docs tak berani nak bagi lagi.Kena tunggu sampai aku kawin.Hmm...another 1 month la nampak gayanyer.Sekarang ni badan tak berapa nak sihat.Dah makin kuat makan.Docs suruh kawal pemakanan.Tak elok untuk kesihatan aku sekarang ni katanya.Tapi, entah la.

Persiapan perkahwinan dah hampir complete.Hmm...takut sebenarnya.Lepas kahwin, ingat nak study.Teringin sangat nak jadi warganegara campus.Hehehe....

Penat sangat.Study....Hubby to be.....Persiapan perkahwinan...Family....

Ape yang mampu dilakukan setakat ini hanyalan berdoa kepada tuhan yang satu.Amin....

Tuesday, April 8, 2008

OuR LovEs...

".....For ME, OUR LOVE is like the wind. I can't see it, but I always feel it..."

-Tentang ..Dhiya-
Thank god.He still lovessss me! Pulangkan handfon adalah alasan dia nak dtg my house. After that, seperti biasa dan secara semulajadi, dah berbaik balik.Macam tak pernah gaduh je.Hehehe...Tak tahu la my parents sedar ke tak sedar yang kitorang ni tengah bergaduh :P
Pagi ni, my Hubby to be yang hantar gi ofis.Semalam dah sound dia tak perlu la hantar.Tapi, dia still nak hantar gak.Pagi tadi my hubby to be bangun lambat.Dengan selamba badaknya, dia hantar aku dengan tak mandi.Heheh..
Tapi, aku still gak salam dan kiss pipi dia cam biasa.Not bad.Hehehe..