Monday, April 20, 2009

mAcAm-mAcAm AdA..

This month memang busy bangat.Sampai tak cukup kaki tangan. Start dengan birthday Hubby on 04 April, then birthday father in law on 12 April, birthday adik ipar bongsu on 14 April dan hujung bulan ni birthday adik kesayangan aku (30th April). Awat la ramai benor yang lahir bulan April dalam keluarga aku. Pening bila tiba masa nak beli hadiah.Huahuahuaha....Hancuss......

Just nak share dengan orang-orang yang suka nak tahu pasal diri dan keluarga aku.Hihihi...Last week, on 17 April, aku gi teman adik kesayangan aku, ALAN, gi temuduga tentera kat Bukit Mertajam High School in Penang. Hampir-hampir menitiskan ayor mata biler tengok dia kene buat segala macam benda untuk diterima masuk ke ANGKATAN TENTERA DARAT MALAYSIA. Antara aktiviti yang perlu dilakukan ialah lari 1.2 km, tekan tubi and buat lompatan selama 30 minit. Bersusah payah betul semata-mata untuk mencapai impian dia nak jadi anggota tentera seperti mana kakak kami, Puan ALONG. (Berapa ramai daa...mau jadi tentera)

Ada few gambar yang sempat aku capture before one of the army geng tegur aku sebab ambik gambar tanpa permission diorang.Huahhauhuaa...(sebenarnya, diorg nak ngorat aku. Siap suh aku masuk army dan ambik no tel diorg sekalik.Hihihi....)











- mana satu la si ALAN nie-


Selepas lulus daripada test fizikal (dada, mata, tangan & kaki), si ALAN ni kene lalui ujian kecerdasan fizikal pulak. Tue yang aku duk keluar air mata tuh. Sedey tengok adik aku yang paling kecik among the others kena wat aktiviti lasak yang betui2 mencabar dia. Aku berdoa sangat2 masa tue agar dia lulus ujian larian sebab lepas jer buat larian, ramai yang kantoi. Start from the registration, almost 700 yang dtg. Lepas test fizikal, only 100 jer yang dapat masuk ujian kecerdasan. Selepas ujian kecerdasan, hanya 18 ORANG jer yang berjaya ke pusingan IQ test (membina karangan). ALAN is one of them yang berjaya. Thank god! Dia berjaya melepasi ujian yang bagi aku betui-betui menguji ketahanan fizikal dia. WAlaupun dia yang paling kecik, dia berjaya buat tekan tubi selama 1 jam mengikut arahan.

Mak aku yang ikut sekali pun tak sanggup nak tengok dia buat tekan tubi. Lengan si ALAN ni kecik bebenor. Mak aku takut dia tak dapat tahan. Alhamdulillah, dah tertulis rezeki dia ada hari tu selepas 5 KALI PERCUBAAN sebelum ni, gagal! Bersyukur sangt-sangat!!











-aktiviti tekan tubi-


Hampir 1/2 hari kitorang (mak, hubby, Aiman) bertapa kat Sekolah Tinggi Bukit Mertajam semata-mata untuk memastikan ALAN dapat the job!!









-kasih seorang ibu...-


ALAN bakal menjalani ujian kemasukkan selama seminggu di KEM TENTERA di IPOH pada 12 MAY 2009 sebelum diterima masuk ke ANGAKATAN TENTERA MALAYSIA dan menjalani latihan tentera selama 6 bulan di Port Dickson, N9. Diharap semoga ALAN dapat mengejar angan-angannya sepertimana kakak kesayangan kami, ALONG, yang telah menyertai pasukan PARA (payung terjun) ATM since 2006. Doa kami (Mak, Along, Angah, Abg Ngah, Adik Oma, Aiman dan Dina) sentiasa mengiringi ALAN.

Buat ALAN,

Angah doakan semoga ALAN berjaya dan sentiasa berbakti pada nusa dan bangsa tanpa melupakan kami sekeluarga. Sentiasa ingat tentang kesusahan masa lalu yang telah kita lalui....dan bersyukur lah dengan apa jua kurniaan tuhan.




- ALAN...kaki yang terangkat akibat keletihan tekan tubi-



p/s : The guy yang duduk sebelah my mum is not my HUBBY! :P
Beliau adalah salah seorang daripada anggota ATM yang telah bersusah
-payah menolong ALAN hingga berjaya.Thanks to him!! Semoga ALLAH merahmati
hidup beliau.

No comments: